OFFICIAL OWNER
![]() " Budak hingusan yang sedang belajar mengenali Tuhan " Kata Kata Credits |
Rebah bangkit kembali !
Penantian penuh debaran . Namun akhirnya satu kegagalan. Aku kecundang . SPM aku kecundang.
Patah harapan.
Patah sayap.
Aku umpama burung yg sedang terbang tapi ditembak lalu rebah tiada kekuatan untuk kembali terbang.
2 Jam perjalanan pulang dari sekolah ke rumah , pelbagai persoalan. Pelbagai pertanyaan. Ada bisikan cakap ALLAH tak sayang aku sampai Dia uji aku begini. Hati dan akal berperang.
"Tuhan tak sayang aku ke?''
''Tuhan sayang kau . Cuma DIA nak uji kau . Mungkin kau tak cukup merintih''
''But aku study . Aku bangun malam ."
''Then apa dosa kau ? Cuba muhasabbah diri''
Hati mencadang. Lalu sepanjang perjalanan terbayang 2 tahun aku jadi menengah tinggi , apa yg aku buat sampaikan jatuh merundum . Sampaikan aku malu nak letak result SPM sebelah result PMR aku . Aku malu .
Sejenak terbayang dosa aku.
- Dosa dgn mak ayah
- Dosa dgn adik beradik aku
- Dosa dgn guru-guru aku
- Dosa dgn kawan-kawan
Paling penting , dosa aku dengan DIA .
astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah .
Aku seru balik hati . Lupa ke apa yg ALLAH dah cakap dalam Alquran ? Lupa ?
Allah S.W.T berfirman yg bermaksud :
''Berjayalah orang orang yang beriman . Iaitu mereka yg khusyuk dalam solatnya" Surah almukminun . ayat 1-2.
Aku fikir balik . Solat aku sentiasa khusyuk tak ? Aku solat dengan tubuh semata atau aku hayati solat aku ? Berapa kali aku pernah menangis masa menghadap ALLAH ?
Soal lagi pada diri . Lupakah kepada kata-kata Tuhan yg bermaksud :
''Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kamu."
Aku try hadam . Hadam apa yg ALLAH dah bagi tahu ni dalam Alquran.
Pastu , ALLAH sambung lagi ,
''Dan boleh pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu''.
tudiaaaa . Sentap tak sentap ? Lalu aku bangun . Cuba bangkit . Bangkit kembali dari kegagalan aku . Aku kena kuat . Aku harus sado dalam menempuhi ujian Tuhan . Aku harus sabar kalau nak hidup disisi Tuhan .
Buat kawan-kawan aku tu ,
Guys , kan aku dah cakap semalam . Aku , kau , dan kau , harus saling sokong menyokong . Jangan putus harapan . Sebab harapan sentiasa ada. Kita dah buat yg terbaik tapi ALLAH bagi yg terbaik buat kita . Terus kuat . Terus istiqomah dgn solat sunat . Harapan selalu ada. Terus berjuang sampai titisan darah yang terakhir.
|
1 Comments:
tanak share result ke hakak hakak hakak puihhh hahahaha
Post a Comment